Tuesday, 21 April 2020

Part 1- Bachelor of Aviation Management (Hons.) UniKL MIAT: Ada yang nak join? Meh sini dengar cerita

Assalamualaikum New Day!


Hari ini Kak Oro nak ceqita dekat hampa pasai satu course yang Kak Oro belajaq masa sambung degree dulu. Hampa tengok tajuk mesti hampa tau dah tu lah course yang Kak Oro belajaq dulu which is Bachelor of Aviation Management (Hons.) di Universiti Kuala Lumpur Campus Malaysian Institute of Aviation Technology. Jadi, UniKL nih bukan IPTA tau. Dan lagi mudah nak paham is UniKL MIAT merupakan kampus penerbangan. Sebab tue kalau hampa masuk UniKL MIAT, hampa akan nampak banyak jentera burung besi.









Entry ini akan panjaaaannnggg baq ang sooo jangan bosan naahhhhh.

Dipendekkan cerita sebab tau dah pakat jenis tak sabaq kah! Lepas Kak Oro habis STPM dulu, sapa tak tau STPM sila google okay haahahahhahahaaa weyh jangan cakap xtauu aku marah satgi. Kak Oro apply banyak universiti. Alhamdulillah, pointer Kak Oro agak meng confidentkan kami untuk apply macam-macam univeristi hahahahahahahaa (gelak gaya humble okay). Kami dapat a few interview untuk sambung belajaq tapi hat paling ingat is pi interview MedSI phewww! Kami dok berangan jugak laa kot laa lepas jadi cikgu hahahahahahahahhaa tapi apakan daya nasib tak menyebelahi.

Kami dapat tawaran pi sambung study dekat Universiti Kebangsaan Malaysia dalam course yang kami suka iaitu Program Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Melayu). Tapi at the end, Kak Oro pilih untuk sambung study di UniKL. Sebab apa? Kena buat entry baru lah kalau nak cerita pasai tajuk tue.


Ok, mukadimah dan 500 patah perkataan weyhh . Tak mula lagi hahahahahahahahahahahahahah!!


Bachelor of Aviation Management (Hons.) Apa yang hampa pikiaq bila dengaq course ini? Kalau Kak Oro, aku nak jadi stewardess ka? Aku nak bawak kapai terbang ka? Aku nak jaga kaunter tiket ka? Aku nak itu nak ini nak apa apa ka?

Hampa pon mesti dok terbayang Malaysia Airlines dengan Air Asia kan HAHAHA! Kita geng kalau hampa dok bayang dua airline gergasi dalam negara nih.





Jawapan dia ialah hampa kena mengaji. Bila mengaji baru boleh jadi itu jadi ini. Jangan dok pikiaq crucial sangat. Belajaq laa course apa pon, at the end boleh ke tak boleh dengan rajin ke dak aku nak belajaq?? Itu yang paling penting kan. NAK DENGAN TAK MAU. Yang tue paling penting adik kakak abang nah. Semangat nak belajaq tue kena tinggi.




SOALAN 1: BAGAIMANA NAK MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR DI UNIKL MIAT ?


Hampa semua yang rasa nak masuk study di UniKL tak kisahlaa UniKL campus apa pon, hampa kena go through ke laman web rasmi UniKL  https://www.unikl.edu.my/apply/ .


                                                       

So, bila hampa semua dah masuk ke laman web rasmi UniKL, hampa boleh godek-godek laa. Dan hampa akan jumpa laa course yang Kak Oro belajaq nih. Kalau hampa godek tak jumpa, meh sini https://www.unikl.edu.my/apply/ haa terus link ke UniKL Miat. Dan untuk yang lagi malaih, Kak Oro bagi hampa https://www.unikl.edu.my/programme/bachelor-of-aviation-management-hons/
cheng!!!!!!!!!! Teruih masuk ke BAVM. (Thanks me later)

Dan, sila lah apply menggunakan procedure seperti yang ditetapkan. Apply UniKL nih senang sangat. Tak kena beli Pin No. macam kita nak apply IPTA. Isi apa yang disuruh dan pilih course yang sesuai dengan diri sendiri.

Kak Oro batch intake September 2014 & graduate October Batch 2018. Zaman Kak Oro dulu, BAVM ini kena mengaji 4 tahun. 4 tahun naaahhh equal to 8 Semester. Special nya waktu tue, Internship or industrial training (OJT) waktu Sem 6. Habis intern, masuk balik kelas untuk setahun before graduate. Tapi sejak tahun 2019 OJT dah ditukaq kepada semester akhir. Masa Kak Oro juga tak kena ada interview. Selamat~

Tapi, batch before and after Kak Oro, kena interview. Untuk current, Kak Oro tak dapat nak pastikan samada untuk masuk BAVM, semua candidate perlu atau tak untuk interview. Jadi, hampa boleh call UniKL MIAT untuk lebih kepastian sebab Kak Oro tak pasti current policy semasa Kak Oro dok menaip cerita nih. Ampun!

Lecturer untuk course Kak Oro nih semua yang berpengalaman dari industry okay. Kak Oro pernah belajaq dengan GM Mas Cargo lagi. Dah laa segak! Hahahahaha semangat I pergi kelas walaupun kelas pkul 8pm-10pm. Jadi, jangan risau dan jangan persoalkan relevant ke tak relevant apa yang  akan hampa belajar nanti. You will learn by the industrial expertise itself. Even, semua course di UniKL MIAT akan diajar oleh expertise from the aviation industry.

Hampa boleh bayang dak, lecturer hampa tue seorang engineer yang dah berpuluh tahun kerja dalam aviation industry, then dia ajaq hampa the way depa semua bekerja dulu. Jadi, kualiti semua pensyarah AMATLAH TIDAK DAPAT DIRAGUKAN WALAUPUN 1% . Over kan I but that the truth.

Kak Oro dok berasa untuk Part 1 sampai sini saja Kak Oro nak cerita. Ini mungin general view sahaja bagi sesiapa yang berminat. Next entry Kak Oro akan detail untuk certain part pulak okayy darlings!
Banyak-banyak bosan satgiiiii kannnn.





Till then Stay Shine, Spread Love and Positivity <3

De Oro.








No comments:

Post a Comment

KAMU.

Pohonnya hijau meliar Meliuk kekiri, lagi juga kekanan Di ambal- ambal sang angin Gerabaknya pantas Detaknya kuat makin kuat bi...